Bila mata sudah mengantuk, Cepat masuk ke tempat tidur; Bila orang tua sudah mengutuk, Alamat teruk di liang kubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Andainya mata sudah mengantuk, Cepat-cepat memadamkan lilin; Andainya harta sudah memupuk, Ingat-ingat orang yang miskin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kerana kera bengak berbual, Banyaklah ungka jadi mengantuk; Kerana tanah banyak dijual, Banyaklah rusa pergi merajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak siapa terbatuk-batuk, Perut buncit nampak mengantuk; Kalau pancing ikan betuk, Kailnya halus baru dipatuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Senyap sunyi orang di rumah, Kerana mata sudah mengantuk; Apa sebab mandi tak basah, Kerana cinta membawa mabuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Burung belatuk kepalanya kuning, Hendak merapat di kaki dulang; Mata mengantuk kepalanya pening, Hendak melepas si hajat orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Orang menumbuk di atas lambur, Kalaulah gelap pasang pelita; Mata mengantuk rasa nak tidur, Dalam tidur macam berjaga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Batang senduduk dahan berpintal, Patah ditimpa si pokok berangan; Disangka mengantuk disorongkan bantal, Rupanya tidur berbantal lengan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jalan darat membawa pupuk, Terpijak telur kaki berkubang; Badan penat mata mengantuk, Hendak tidur laki meradang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Datuk Kelana pergi menangguk, Tersangkut tangguk di sauh kapal; Saya umpama orang mengantuk, Apatah lagi disorong bantal. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |