Kalau selalu mengasah parang, Lambat-laun menjadi tajam; Kalau selalu memfitnah orang, Lambat-laun menjadi dendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Jangan suka mengasah parang, Tangan luka darah tergenang; Jangan suka menyusahkan orang, Tuhan murka orang tak senang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Cik Sabtu mengasah kapak, Buat pagar tepi sempadan; Begini lama senjata kubawa, Belum jejas daging di badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Kalau tuan mengasah kapak, Asah mari sepagi hari; Saya bawa sirih setepak, Untuk saya ganti diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Membeli sirih dari pekan, Mengasah kapak menuju kebun; Hati kasih kepada tuan, Sehari tak nampak rasa setahun. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan terang menikam pari, Asam belimbing mengasah kuku; Tengah malam kami ke mari, Bawa kawan nak bersatu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Waktu duduk menunggu senja, Kain dilipat disimpan orang; Waktu datuk merayu dara, Datin melihat mengasah parang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |