Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.suh] | مڠاسوه

Definisi : 1. memelihara dan memberi tunjuk ajar, menjaga dan mendidik (anak kecil): semenjak kecil ia diasuh ibu supaya lebih berhati-hati kalau berada di negeri orang; 2. mengelola dan melatih, memimpin, membimbing: Papua Timur masih diasuh oleh Australia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.suh] | مڠاسوه

Definisi : menjaga dan mendidik anak kecil: ~ anak bukannya mudah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengasuh


Pantun

PantunSumberTema
Sifat perempuan berlemah lembut, Setia mengasuh anak dan laki; Adat berjalan tuah mengikut, Dunia teduh adat pun tinggi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat berlabuh pada yang tenang, Bila tak tenang perahu pecah; Adat mengasuh berdada lapang, Bila tak lapang tentu berbantah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau meniup seruling buluh, Ke mana pergi orang mendengar; Kalau hidup saling mengasuh, Tiada lagi orang yang lapar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sifat kayu cabang-bercabang, Di sanalah tempat rantingnya tumbuh; Adat Melayu tenggang-menenggang, Di sanalah tempat saling mengasuh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas