Sampan kolek mahu bertolak, Bila bertolak orang pun sepi; Janganlah adik mahu mengelak, Bila mengelak abang kan mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sifat jantan gagah berani, Terhadap musuh pantang mengelak; Adat berjalan bertuah negeri, Hidup senonoh terbilang akhlak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat perahu menentang badai, Ditimpa badai pantang mengelak; Adat Melayu pantang bertikai, Bila bertikai datanglah balak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Pasang menyenyak air pun dalam, Sampai pagi barulah umpas; Orang mengelak hatiku geram, Sampai mati takkan kulepas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Pandai benar tuan merokok, Lepas sebatang sebatang lagi; Pandai benar abang mengelak, Lepas seorang seorang lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana kaki takkan bengkak, Terantuk kayu di tengah ladang; Bagaimana kami takkan mengelak, Baru bertemu sudah temberang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tengah hari sampan bertolak, Membawa peti berisi bawang; Hamba ke mari tuan mengelak, Ke mana lagi kasih menumpang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Buah durian berduri-duri, Bila masak tentulah gugur; Sudah berbulan kunanti-nanti, Adik mengelak hatiku hancur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bakul tampah berisi sekam, Sudah diayak tinggallah beras; Kupikul kasih hatiku karam, Hendak mengelak hatiku belas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Mulia suku adatnya kukuh, Kukuh tidak berganjak lagi; Bila bersatu umat kan teguh, Musuh mengelak bala pun pergi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |