Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.luh] | مڠلوه

Definisi : ; mengeluh melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dsb), berkeluh-kesah, merintih: kenaikan harga barang menyebabkan orang-orang kampung ~; dia termenung panjang lalu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.luh] | مڠلوه

Definisi : melahirkan rasa dukacita atau sedih (kerana sesuatu penderitaan, kemusykilan, dsb), berkeluh-kesah, merintih: kenaikan harga barang menyebabkan orang-orang kampung ~; dia termenung panjang lalu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.luh] | مڠلوه

Definisi : menunjukkan atau melahirkan rasa sedih dll kerana kesusahan; merintih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keluh
Kata Terbitan : mengeluh, pengeluh, keluhan,

Puisi
 

Apalah guna rumpun buluh,
     Baik ditebang buatkan titi;
Apalah guna duduk mengeluh,
     Orang tak ada tak usah dinanti.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Kalau bergalah jangan berkayuh, Kalau berkayuh bertambah basah; Kalau susah jangan mengeluh, Kalau mengeluh bertambah susah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apabila lutut sudah goyah. Tegak mengerang duduk mengeluh; Apabila mulut suka memfitnah. Banyaklah orang menjadi musuh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Awak di mana kalam? Kalam di rumah tukang surat; Mengeluh juga tengah malam, Sakit nan tidak dapat ubat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau berkayuh menyusur batang, Tandanya sampan akan ke darat; Kalau mengeluh pagi dan petang, Tandanya badan tambah melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buah padi dimakan puyuh, Beras tidak dalam gantang; Bagaimana kami tidak mengeluh, Sawah padi tinggal sekangkang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Tengah hari duduk berteduh, Penat diam menanti petang; Patahlah hati duduk mengeluh, Melihat imam mandi telanjang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang ayam tentu berparuh, Kaki bersisik jari bercakar; Siang malam aku mengeluh, Menanti adik memberi khabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Diam-diam orang berkayuh, Kerana takut dikejar buaya; Saban malam abang mengeluh, Kerana adik sudah berpunya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apalah guna rumpun buluh, Baik ditebang buatkan titi; Apalah guna duduk mengeluh, Orang tak ada tak usah dinanti.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Sedang keranjang lagi tak penuh, Kononkan sumpit nak diisi; Turun dijenjang lagi mengeluh, Kononkan bukit kan didaki.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas