Berkata kena-mengena, Baling-baling dalam negeri; Bertunda kasih kita ke sana, Berpaling kasih kita ke mari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau jermal hendak mengena, Cacakkan belat rapat-rapat; Kalau amalan hendak sempurna, Banyakkan selawat kepada Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Terpelihara jerat selalu mengena, Terpelihara sumbu pelita terang; Terpelihara adat Melayu ternama, Terpelihara laku disukai orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kocak-kocak terbuka jala, Ikan mengena haluan perahu; Esok-esok bertanya janda, Asal senyum tandanya mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Berguna pukat selagi berikan, Bila ditahan tentu mengena; Berguna adat selagi beriman, Bila dilupakan tentu terhina. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kalau memanah burung helang, Bolehkah tidak dia mengena; Kalau kakanda datang meminang, Adakah adinda sudi menerima? | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Hancurlah rakit dari hulu, Singgah ke lubuk kailku kena; Alang-alang sakit menahan rindu, Biar duduk biar mengena. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |