Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.rang] | مڠرڠ

Definisi : 1. mengeluh kerana kesakitan, merintih: ia mendengar suara ayahnya ~ kesakitan; 2. ki mengeluh (merintih) kerana menderita dll: di kampung-kampung Melayu, banyak orang yg ~ tidak makan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.rang] | مڠرڠ

Definisi : 1 mengeluh kerana kesakitan dll: Semalam-malaman, ia ~ kerana tidak tahan menderita sakit. 2 ki mengeluh atau merintih kerana menderita kesusahan dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengerang

Puisi
 

Bukit Gebuk Gunung Cik Jenal,
     Nampak dari Pulau Nerang;
Adik duduk abang tak kenal,
     Sikap pulih ayam mengerang.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Apabila lutut sudah goyah. Tegak mengerang duduk mengeluh; Apabila mulut suka memfitnah. Banyaklah orang menjadi musuh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak kancil tegak menengkar, Kena sepak lari mengerang; Sejak kecil banyak belajar, Supaya kelak menjadi orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Ayam bagung kokok berdencang, Disambar helang patahlah kepak; Dalam bingung duduk mengerang, Disabarkan orang usah menolak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau terkait tali arang, Rentangkan tali lebar-lebar; Kalau sakit jangan mengerang, Tenangkan hati banyak sabar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sampan kolek kemudi songsang, Begitu belayar kemudiannya dulu; Badan tergolek hati mengerang, Pilu mendengar nyanyi si bisu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ketok-ketok harimau garang, Keling pandai cakap Jawa; Harimau batuk buaya mengerang, Kucing di rumah sakit kepala.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Sayang pinggan dipakai malam, Bila pagi dicuci orang; Sayang tuan bermisai tajam, Bila beristeri bini mengerang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bukit Gebuk Gunung Cik Jenal, Nampak dari Pulau Nerang; Adik duduk abang tak kenal, Sikap pulih ayam mengerang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa

Kembali ke atas