Apabila mengerat betung, Jangan sampai terluka jari; Apabila mendapat untung, Janganlah sampai lupa diri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Banyaklah orang mengerat halia, Campak halia dikerat empat; Banyaklah orang bersifat mulia, Tidak semulia Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Encik Ali mengerat nibung, Kapaknya tumpul mari diasah; Putus tali boleh disambung, Putus sahabat hati gelisah. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Orang Acheh mengerat kuku, Mari dikerat jarinya luka; Jikalau berkasih adat dahulu, Habis hidayat barulah lupa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pisau tajam pisau pencukur, Buat mengerat kuku kaki; Kalau kumbang bukan seekor, Bunga pun banyak bukan sekaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pisau raut membelah pinang, Parang mengerat pokok papaya; Karam di laut boleh direnang, Karam di darat apa upaya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak menebang tebanglah buluh, Jangan lupa mengerat sembilu; Hendak terbang terbanglah jauh, Janganlah lupa nasihat ibu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau duduk di tepi dinding, Jangan suka mengerat lantai; Kalau duduk dalam berunding, Jangan suka memandai-mandai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |