Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.tam] | مڠتم

Definisi : melicinkan kayu dgn ketam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.tam] | مڠتم

Definisi : menuai atau memotong padi dgn ani-ani dll: kerja menuai atau ~ dijalankan dlm bulan Februari apabila padi sudah masak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.tam] | مڠتم

Definisi : mengetap, me­ngatupkan rapat-rapat, mengapit; ~ bibir (mulut) mengatupkan bibir (mulut) rapat­-rapat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.tam] | مڠتم

Definisi : melicinkan kayu dgn ketam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nge.tam] | مڠتم

Definisi : memotong padi dgn ketam; menuai: Ayah turun ke sawah ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ketam3
Kata Terbitan : mengetam, mengetamkan, pengetam, mengetam, pengetaman, pengetam, mengetam,

Puisi
 

Mengetam padi dalam jerami,
     Angkut-angkut dalam almari;
Kerana sudi akan kami,
     Bila dijemput datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Mengetam padi dalam jerami, Angkut-angkut dalam almari; Kerana sudi akan kami, Bila dijemput datang ke mari.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Mengetam papan di tanah rata, Buah anggur buah berangan; Minta disiram air mata, Minta tidur di tapak tangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mengetam padi tengah hari, Padi habis dimakan helang; Pingganglah ramping tubuhnya tinggi, Jiwalah abang berasa melayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak orang mengetam pulut, Saya seorang mengetam padi; Ramai orang karam di laut, Saya seorang karam di hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang mengetam jerami segumpung, Jatuhnya renggam ke tanah rata; Kalau tak sabit gunung melindung, Boleh kita bertentang mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak tambi mengetam papan, Papan diketam berlaga-laga; Minta mati dalam pangkuan, Minta disiram si air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina mengetam papan, Papan diketam berlaga-laga; Meminta mati dalam pangkuan, Meminta siram si air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lipat kain lipat baju, Cik Esah mengetam padi; Hutang malu bayar malu, Jangan susah dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Mudik ke hulu menyusur duri, Orang mengetam musim bah; Duduk kita fikirkan diri, Kasih sayang sudah berubah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau sekali abang mengikir, Sepuluh kali adik mengetam; Kalau sekali abang mungkir, Sepuluh kali adik mendendam.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas