Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.gi.la] | مڠݢيلا

Definisi : 1. menjadi-jadi, bergila-gila: batuknya ~; peperangan sudah ~; 2. berkelakuan spt orang gila, bergila-gila: di dlm hatinya berharapkan semoga musuhnya akan ~ terus kepadanya; 3. berasa sangat asyik (suka, gemar, dll): pemuda yg ~ kepadanya; 4. menyebabkan gila (sangat kasih, suka sekali, dll); 5. berjalan (belayar dll) dgn laju sekali, tiada teratur dll (bkn kereta, kapal, dll): di jalan raya, motokar makin ~; korvet-korvet ini kian ~ di atas air spt ular kena palu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gi.la] | مڠݢيلا

Definisi : semakin sangat, menjadi-jadi, berlebih-lebihan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gi.la] | مڠݢيلا

Definisi : berkelakuan (berperangai dll) spt orang gila (tidak menggunakan fikiran, mengikut perasaan sahaja); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.gi.la] | مڠݢيلا

Definisi : 1 bertambah-tambah (banyak, laju dll); menjadi-jadi: pergaduhan yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggila


Pantun

PantunSumberTema
Sudahlah benih tidak menjadi, Datang pula kucing menggila; Sudahlah kekasih tidak peduli, Orang disapa berpaling muka.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Payah sungguh membawa perahu, Hujan deras ombak menggila; Payah sungguh hamba merayu, Puan berkeras menolak hamba.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa sebab orang menjala, Kerana asyik mencari makan; Apa sebab abang menggila, Kerana adik mandi berkemban.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pinggan mangkuk berisi gula, Hendak disimpan semut meradang; Badan bongkok bini menggila, Hendak melawan lututlah goyang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kacang hijau diberi gula, Sudah masak jadi penganan; Abang risau hati menggila, Kekasih lesap dibawa orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kacang hijau diberi gula, Sudah masak jadi penganan; Abang risau hati menggila, Dah lama tegak menanti tuan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pergi ke pekan membeli terung, Hendak dimasak kuahnya lemak; Puas sudah menggila burung, Bila masa nak jadi jinak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Makin direndang semakin meresik, Itu membuat apinya menyala; Makin dipandang semakin asyik, Itu membuat hati menggila.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sejak betik mulai layu, Diganti orang dengan petola; Sejak adik memakai gincu, Hati abang kian menggila.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas