Jangan tuan mengail tenggiri, Sama-sama mengail sembilang; Jangan tuan menghina diri, Sama-sama dagang terbuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Ikan haruan dipanggang tenggiri, Mari masuk ke dalam perahu; Jangan tuan menghina diri sendiri, Sama saja badan berbau. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Baju Melayu butangnya lima, Datangnya asal di Teluk Belanga; Jangan tuan suka menghina, Kita sama-sama hidup di dunia. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pergi ke hutan memburu babi, Babi seekor taringnya panjang; Tidak salah lagakkan diri, Asal tidak menghina orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Bagaimana orang tidakkan lari, Datang beruang masuk ke desa; Bagaimana abang tidakkan benci, Berterang-terang adik menghina. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan mudah memasang jerat, Salah pasang orang yang kena; Bukan mudah memegang adat, Salah pegang orang menghina. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |