Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.sap] | مڠهيسڤ

Definisi : memasukkan sesuatu (ke dlm mulut atau hidung) dgn tarikan udara, menyedut masuk (ke dlm hidung atau mulut): dia ~ rokok; burung itu ~ manisan bunga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.sap] | مڠهيسڤ

Definisi : menarik minum­an, asap rokok dll ke dlm mulut atau hidung dgn nafas; menyedut; menghirup: Lebah ~ manisan bunga. Orang tua itu kuat ~ rokok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hisap
Kata Terbitan : menghisap, hisapan, penghisapan, penghisap,

Peribahasa

Seperti pacat melompat.

Bermaksud :

Membungakan wang dengan bunga yang mahal. (Peribahasa lain yang sama makna: Seperti lintah menghisap darah).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Banyaklah cabi menghisap daun, Kapas dihisap terlaga-laga; Meminta mandi dalam pangkuan, Meminta mandi si air mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Terbang tinggi sekawan burung, Hinggap menghisap madu bunga; Melentur buluh dari rebung, Dapat melihat hasil buahnya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Apa tanda benalu sakat, Tempat kumbang menghisap madu; Apa tanda Melayu beradat, Adat memegang aib dan malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bunga kenanga barukan mekar, Banyak kumbang datang menghisap; Tanda orang tua laku penyabar, Bijak menimbang tenang bercakap.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Zaman bukan sebarang zaman. Zaman sekarang hidup bertuah; Makan bukan sebarang makan, Makan tulang menghisap darah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas