Patuh Melayu mengikut firman, Firman Allah Yang Maha Besar; Senonoh laku berpatut iman, Iman dan takwa menjadi pagar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat Melayu mengikut sunah, Halal dipakai batil dibuang; Taat ke ibu berpatutan ke ayah, Besarnya pandai kecil terbilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat berburu mengikut jejak, Adat berladang ada bermusim; Adat Melayu mengikut syarak, Adat dipegang tandanya Muslim. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai mengikut undang; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramal tidak terkeji. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai mengikut undang; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai berkasih sayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sekali badik dicabut, Pantang disarung lagi; Sekali adik mengikut, Abang dukung sampai mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Benang kusut jangan disentak, Carikan cepat mana hujungnya; Abang mengikut sebarang pintak, Asalkan dapat hidup bersama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Rumah besar tiang seribu, Rumah kecil tiangnya sepuntung; Kecil mengikut ibu, Sudah besar mengadu untung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Basikal Jepun basikal joli, Dibawa di simpang tiga; Hendak mengikut tidak berani, Takut ditinggal tengah jeraya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kata adat disebut orang, Isinya benar diturut umum; Mata melihat mengikut undang, Telinga mendengar menurut hukum. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |