Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngin.tai] | مڠينتاي

Definisi : melihat dgn bersembunyi-sembunyi utk mengetahui gerak-geri orang dll, mengintip, memata-matai: ia ~ dr celah-celah dinding; kapal terbang melayang-layang di udara ~ kapal selam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngin.tai] | مڠينتاي

Definisi : melihat dgn bersembunyi-sembunyi utk mengetahui gerak-geri orang dll: Siapa yg ~ aku mandi tadi? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
intai
Kata Terbitan : mengintai,

Puisi
 

Buah berembang untai beruntai,
     Mari beruntai dalam talam;
Jangan tuan suka mengintai,
     Orang banyak lagi di dalam.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Anak beruk duduk menjerat, Kepala tunduk mengintai cicak; Awak gemuk masuk ke helat, Di mana duduk lantai berderak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kerana beruk duduk melukah, Banyaklah kijang datang mengintai; Kerana datuk tertangkap basah, Banyak orang bercerai-berai.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Diam-diam orang membenih, Kerana banyak orang mengintai; Saban malam abang merintih, Kerana banyak niat tak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang bermain di atas panggung, Banyak orang datang mengintai; Alang tinggi kelapa tergantung, Ada masa dikorek tupai.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Telah lama orang menyimpai, Untuk penguat pasak pedati; Sudah lama abang mengintai, Untuk mendekat tidak berani.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Telah lama orang menyimpai, Pemasak tiang berikut tonggak; Sudah lama abang mengintai, Hendak berterang takut ditolak.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah berembang untai beruntai, Mari beruntai dalam talam; Jangan tuan suka mengintai, Orang banyak lagi di dalam.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Tanam padi tumbuh lalang, Pantai landai tumbuh bemban; Jangan jadi burung helang, Mengintai ayam dalam reban.Pantun Melayu SarawakNasihat
Besarlah pasu daripada pinggan, Dipakai orang menyimpan minyak; Besarlah nafsu dara pingitan, Mengintai bujang nasi tak masak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana unta tidakkan pening, Tupai meranda dipinang balam; Bagaimana mata tidakkan juling, Mengintai janda siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas