Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngi.ri] | مڠيري

Definisi : menepi (menuju, berundur, dll) ke sebelah kiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.ri] | مڠيري

Definisi : iri hati kpd, mencemburui, mendengki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngi.ri] | مڠيري

Definisi : menuju ke sebelah kiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengiri


Pantun

PantunSumberTema
Tabiat Melayu pantang mengiri, Sesama umat berkata jujur; Sepakat Melayu petang dan pagi, Siapa khianat dia kan hancur.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila jaga meninggi hari, Banyak kerja tidak menjadi; Apabila suka iri-mengiri, Rosak binasa seisi negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila kaki terkena duri, Dibawa berjalan terasa nyilu; Apabila hati suka mengiri, Bila berkawan banyak seteru.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Andainya hujan lebat sekali, Jangan pergi menahan jerat; Andainya kawan mendapat rezeki, Jangan mengiri atau mengumpat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Mulia umat kerana beradat, Adat dipakai menjaga diri; Bila muafakat tuah melekat, Hidup beramai tiada mengiri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat sekampung tolong-menolong, Adat senegeri beri-memberi; Adat menolong jangan menggulung, Adat memberi jangan mengiri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat

Kembali ke atas