Isi mengisi dalam celepa, Hendak berisi haruman padi; Kalau sekali tidak mengapa, Jangan sahaja mendua kali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil karung mengisi ruas, Pengikatnya pula tali guni; Adik turut hamba tak puas, Cuma abang tak insafkan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Labuan jambatan batu, Tempat mengisi tudung pelikat; Dari tuan dulu satu, Nyawa di badan disimpan lipat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Emak! Emak! Anyam raga, Nak mengisi si raga inai; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda menuai. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Cepu-cepu karang Cina, Risik mengisi kain; Cepu-cepu adik nak tanya, Betul ke tidak nak cari lain? | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Emak! Emak! Anyam ke raga, Nak mengisi telur merbah; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda mengubah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar mengisi padi; Sedang kecil menurut ibu, Sudah besar menurut laki. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |