Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.kuang] | مڠکواڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok yg daunnya boleh dibuat tikar dll), bengkuang, pandan duri, Pandanus atrocarpus; ~ bunga = ~ perah sj tumbuhan (pokok), pandan ikan, Pandanus aurantiacus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), pandan hutan, Panda-nus houlletii; ~ laut = ~ duri sj tumbuhan (pokok), Pandanus tectorius; ~ tikus sj tum­buhan (pokok), pandan tikus, pokok selang­seng, sendayan masing, Pandanus oratus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.kuang] | مڠکواڠ

Definisi : nama tumbuh-tumbuhan jenis pandan yg daunnya berduri dan dpt dibuat tikar dll, Pandanus atrocarpus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkuang

Puisi
 

Tetak mengkuang di tanah tubuk,
     Letak buluh di atas serambi;
Masuk abang bercium peluk,
     Terkejut pula kucing berkelahi.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Tetak mengkuang paras mengkuang, Habis ditetak dimakan kambing; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra darah daging.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tetak mengkuang di tanah tubuk, Letak buluh di atas serambi; Masuk abang bercium peluk, Terkejut pula kucing berkelahi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Tetak mengkuang sambil berdiri, Mari diikat akar mempelas; Kalau tuan menyerah diri, Kami terima dengan ikhlas.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tetak mengkuang umbutnya kayu, Sekali tetak sekali mencandak; Orang perempuan sungguh tak malu, Sekali hendak sekali tak hendak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tetak mengkuang parang sumbing, Tetak sehelai dimakan kambing; Hendak dibuang tidak terbuang, Ibarat darah dengan daging.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tetak mengkuang anyamkan umpit, Buang duri di kanan jalan; Berbunyi kuang seekor sebukit, Duduk merindu di tengah malam.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pokok mengkuang dalam paya, Kepunyaan si anak raja; Kalaulah abang tidak percaya, Ambillah pisau belah dada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Daun upih daun mengkuang, Buat menjemur ikan buntal; Bercerai kasih bercerai sayang, Dalam mimpi kita sebantal.Pantun Melayu SarawakKasih
Jika sudah menjual mengkuang, Jangan diminum air segelas; Jika lidah tidak bertulang, Jangan diharap kasih berbalas.Pantun Melayu SarawakKasih
Bunga sena sayur mengkuang, Sudah dipetik jual ke kedai; Banyak tanah luas terbentang, Sudah dipajak sudah digadai.Pantun Melayu SarawakKasih
12345

Kembali ke atas