Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkudu

Puisi
 

Mengkudu masak di hutan,
     Dipatuk punai gumbali;
Belum duduk belum suratan,
     Mana bertemu sama sekali.


Lihat selanjutnya...(18)

Pantun

PantunSumberTema
Mengkudu masak sepanggal, Dimakan burung geroda; Dayang duduk sepanggal, Ekor matanya ke mari juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mengkudu masak di hutan, Dipatuk punai gumbali; Belum duduk belum suratan, Mana bertemu sama sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah mengkudu jatuh ke kali, Dimakan ikan berebut-rebut; Hamba menunggu petang dan pagi, Kulawan hujan dan angin ribut.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah mengkudu masak di batang, Dimakan ulat busuk semua; Sudah kutunggu pagi dan petang, Badan penat tidak mengapa.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang mengkudu di tepi sungai, Putiknya musnah dimakan musang; Abang menunggu mati terkulai, Adiklah pindah ke tangan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang mengkudu tepi telaga, Putik sebiji tak juga besar; Abang menunggu berputih mata, Adik dinanti tak ada khabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Putik mengkudu sedang berdaun, Pucuknya habis dimakan kumbang; Adik menunggu sepanjang tahun, Duduk menangis dirundung malang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pohon mengkudu tumbuh rapat, Rapat lagi pohon jati; Kawan beribu mudah dapat, Sahabat setia susah dicari.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Daun mengkudu buah kandis, Buah datang dari Daik; Makan madu rasanya manis, Hidup bermadu rasanya pahit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pais ikan daun mengkudu, Tudung dengan terindak salji; Manisnya kata umpama madu, Belum tahu belum diuji.Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
1234

Kembali ke atas