Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngum.pat] | مڠومڤت

Definisi : 1. mencela-cela (memburuk-burukkan) orang lain di belakangnya, mengatai (orang) di belakang: mereka bergunjing dan ~ iaitu menyiarkan kesalahan dan aib manu-sia kpd orang lain di belakang; 2. mencela, mengejek, mengeji: berdosa mencela dan ~ orang; 3. memarahi (mengutuk, menyumpah) orang kerana berlaku tidak patut kpd kita, menghamun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngum.pat] | مڠومڤت

Definisi : 1 menceritakan hal yg buruk-buruk atau mencela orang lain (di belakang); mengata-ngatai. 2 memarahi atau mengutuk orang kerana berlaku sesuatu yg tidak baik kpd kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
umpat
Kata Terbitan : umpatan, mengumpat,

Puisi
 

Kalau berjalan terasa lambat,
     Kalau berlari terasa cepat;
Jangan kita suka mengumpat,
     Rugi di dunia di akhirat tak dapat.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kuali mengatakan belanga hitam.

Bermaksud :

Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kata periuk belanga hitam, b. Periuk mengumpat belanga).

 

Lihat selanjutnya...(3)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Sifat perahu pantang tersakat, Bila tersakat datang musibah; Adat Melayu pantang mengumpat, Bila mengumpat malang bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kerana kayu dilanda badak, Banyaklah kijang mengumpat marah; Kerana penghulu gila bertandak, Banyaklah orang tak dapat nikah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Keringlah mulut berkata-kata, Takkan habis orang mengumpat; Keringlah laut dibuat tinta, Takkan habis ajaran Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jika menyukat tidak pandai, Ada yang marah ada mengumpat; Jika adat tidak dipakai, Pusaka punah nama.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jangan asyik memegang senjata, Ke mana pergi orang mengumpat; Jangan adik memandang harta, Hamba ini dagang melarat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Berempat tegak di tepian, Cukup berlima maka mandi; Usah mengumpat di bahagian, Suratan sudah dimenterai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Apabila menengok lepat, Jangan cepat dipegang; Apabila duduk muafakat, Jangan mengumpat orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
guna komputer maklumat cepat, Serba canggih zaman sekarang; Kata-mengata umpat-mengumpat, Kerja tersangkut masa terbuang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Bagaimana kaki tidakkan penat, Baru berhenti berjalan lagi; Bagaimana kami takkan mengumpat, Bertemu sekali tuan pun pergi.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Adat berkerabat ingat-mengingat, Adat berkeluarga jaga-menjaga; Adat mengingat jangan mengumpat, Adat menjaga jangan melaga.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
123

Kembali ke atas