Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.tum] | مڠونتوم

Definisi : 1. sbg kuntum, mulai berkem­bang (menjelma), menjadi kuntum; 2. ark berkuntum di: ~ dahan berkuntum di dahan; 3. ki mula tersenyum: senyuman di bibir Teh Junus ~ melambangkan tidak ada apa-apa yg dia tahu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.tum] | مڠونتوم

Definisi : menjadi kuntum atau sbg kuntum (mula berkembang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuntum1 (kata nama)
1. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan kudup, kudu,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan gadis sunti

Kata Terbitan : menguntum, menguntumkan,


Pantun

PantunSumberTema
Subur melati kembang menguntum, Daun kering jatuh bertabur; Suami berkahwin isteri tersenyum, Tidak bergigi makan bubur.Pantun Melayu SarawakKasih
Baik urat elok batangnya, Elok batang bunga menguntum; Baik adat elok orangnya, Elok orang namanya harum.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Berdentam-dentum di hari raya, Perayaan rasmi berbilang bangsa; Senyum menguntum menambah cerita, Di sebalik senyum racun berbisa.Pantun Melayu SarawakKasih

Kembali ke atas