Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.si/] | مڠوسيق

Definisi : 1. = mengusik-usik mengganggu (secara bermain-main), menggoda (tidak dgn sungguh-sungguh): ia ~ dgn gurau jenaka; 2. = mengusik-usik menjamah (mengenai) sedikit, menyentuh, menyinggung: jangan bagi orang ~ barang ini; 3. mengganggu (dgn maksud jahat), mengacau: tidak tahu isteri orang yg diusik; 4. menyebut-nyebut sesuatu perkara, membangkit-bangkit, mengungkit-ungkit: dlm kempen pilihan raya baru-baru ini, mereka telah ~ hak-hak orang Melayu; 5. mengkritik, mengecam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.si/] | مڠوسيق

Definisi : 1 mengacau atau mengganggu seseorang; menggoda: Pemuda itu suka ~ anak dara orang. 2 mengganggu secara bermain-main: Pak Abu selalu ~ rakan-rakannya yg baru kahwin. 3 menyentuh sedikit; menjamah: Jangan biarkan kanak-kanak ~ lukisan yg dipamerkan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
usik
Kata Terbitan : usikan, mengusik,

Puisi
 

Terang bulan bagai diukir,
     Tupai mengusik bunga durian;
Sebarang perbuatan habiskan fikir,
     Tidak menyesal hari kemudian.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sarang tabuhan jangan dijolok.

Bermaksud :

Jangan sengaja mencari kesusahan. (Bandingkan dengan: a. Mengusik anjing tidur, b. Menjolok sarang tabuan).

 

Lihat selanjutnya...(5)

314

Wake not a sleeping lion

Jangan sengaja mencari susah dengan mengganggu sesuatu atau seseorang yang boleh mencetuskan masalah.

Mengusik anjing tidur

Why should your bother them when they don't bother you? Wake not a sleeping lion . We don't want them to ruin our trade which is just booming.

Mengapa awak harus mengganggu mereka sedangkan mereka tidak pula mengganggu awak? Jangan mengusik anjing tidur. Kita tidak mahu mereka merosakkan perniagaan kita yang baru berkembang naik.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Adat Melayu pantang munafik, Orang munafik kembarnya kufur; Jahat laku senang mengusik, Senang mengusik pendeklah umur.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tupai mengusik bunga durian, Durian berbuah di depan rumah; Tidak menyesal hari kemudian, Supaya badan tidak punah.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Terang bulan bagai diukir, Tupai mengusik bunga durian; Sebarang perbuatan habiskan fikir, Tidak menyesal hari kemudian.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ayam berlaga melawan itik, Sama kalah dan sama menang; Dalam berduka kawan mengusik, Bawa mengalah supaya tenang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana benang takkan putus, Kerana selalu disentak tarik; Bagaimana orang tidak merentus, Kerana bertemu awak mengusik.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas