Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menikah

Puisi
 

Anak kala memanjat pinang,
     Nampak dari tanah Makkah;
Masa ini kita bertunang,
     Sabar-sabarlah sebelum menikah.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Kerana kera hendak menikah, Banyak lembu merebus daging; Kerana mentua tamak serakah, Banyak menantu kurus kering.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Wali bukan sebarang wali, Wali anak mahu menikah; Wangi bukan sebarang wangi, Wangi ketiak bau pelimbah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Balai Cik Wan kecil, Bentuk panjang lima; Bertunang dari kecil, Menikah bulan lima.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Bagaimana kita hendak melangkah, Tulang sendi terasa goyang; Bagaimana hamba hendak menikah, Abanglah menjadi laki orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa sebab parangnya patah, Kerana tertakik urat kayu; Apa sebab abang menikah, Kerana adik kuat mencumbu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Zaman kini banyak musibah, Kerana orang suka berseteru; Puan berjanji hendak menikah, Hamba datang mengapa malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jika parang tidak diasah, Tentulah malu dibawa menebang; Jika abang tidak menikah, Tentulah mahu hamba dipinang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Daripada duduk membilang tanah, Eloklah balik mencari kayu; Daripada menengok abang menikah, Eloklah adik mati merayu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Beratlah kaki akan melangkah, Kerana jalan terlalu jauh; Niat di hati akan menikah, Rupanya tuan sudah berjodoh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang pinang sudahlah patah, Tak lama lagi tentulah roboh; Orang kusayang sudah menikah, Ke mana lagi dagang berteduh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas