Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nim.pa] | منيمڤا

Definisi : 1. menghempap, jatuh menindih (ke atas) sesuatu: bunyi derauan air hujan ~ atap rumah; 2. mengenai (biasanya bkn sesuatu yg menyebabkan kesusahan, penyakit, dll): mengikut kepercayaan mereka jika adat ini dilangkahi, bahaya dan bencana akan ~; tubuhnya ditimpa panas; 3. memukul (dgn senjata dll); 4. Jk mencuri, merompak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nim.pa] | منيمڤا

Definisi : 1 jatuh menindih sesuatu; menghempap: Sebiji kelapa telah ~ kepalanya. 2 ki kena atau berlaku kpd; mengenai: Berbagai-bagai bencana telah ~ keluarga yg miskin itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pecah cawan pecah botol,
     Pecah menimpa kodi kain;
Kalau abang nanti yang betul,
     Saya tidak mencari lain.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Langit menimpa kepala,
     bumi memegang kaki.

Bermaksud :

Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.

 

Lihat selanjutnya...(13)

99

Every cloud has a silver lining

Di sebalik malang yang menimpa, tentu ada kebaikan atau rahmatnya.

Ada rahmat yang tersembunyi

She was deeply depressed when her megastar fiancé dumped her. She had known him long before he became famous. But every cloud has a silver lining. Her broken relationship has been trust into the limelight and opened doors to many lucarative offers from big companies. Now, she’’s crying all the way to the bank!

Dia dirundung kesedihan apabila tunangnya yang merupakan artis ternama telah meninggalkannya. Dia mengenali lama sebelum tunangnya itu menjadi terkenal. Tetapi ada rahmat yang tersembunyi. Kisah putus tunangnya itu menjadi perhatian ramai dan mengundang banyak tawaran lumayan daripada syarikat yang besar. Kini, rintihannya itu mengaut rezeki!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Pantun

PantunSumberTema
Terap jatuh menimpa dahan, Buah kedondong kelapa mawar; harap kami kepada tuan, Jadi pelindung jadi penawar.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Kalaulah batang menimpa dahan, Ditegakkan hujung tersia-sia; Kalaulah dibilang nikmat Tuhan, Takkan terhitung oleh manusia.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jatuhlah kayu menimpa atap, Matilah itik sedang mengeram; Tubuhku lesu mata pun lelap, Menanti adik siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Walaupun hujan datang menimpa, Kami tetap berladang padi; Walaupun tuan memandang harta, Kami tetap berlapang hati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Abang tidak bersua lagi. Jatuh menimpa anak buaya; Sudah jelak aku membujuk, Dinda tak suka apalah daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana semut tidak membalas, Beruk menimpa kera mengancam; Bagaimana perut tidakkan mulas, Menengok mentua bermuka masam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Kalau nangka nak gugur, Jangan menimpa dahan pauh; Kalau mata nak tidur, Jangan lupa esok berjalan jauh.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Pecah cawan pecah botol, Pecah menimpa kodi kain; Kalau abang nanti yang betul, Saya tidak mencari lain.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak gugur gugurlah nangka, Jangan menimpa si ranting pauh; Hendak tidur tidurlah mata, Jangan teringat orang yang jauh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak gugur gugurlah nangka, Jangan menimpa si ranting pauh; Hendak tidur tidurlah mata, Jangan dikenang orang yang jauh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas