Apabila jaga meninggi hari, Banyak kerja tidak menjadi; Apabila suka iri-mengiri, Rosak binasa seisi negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak geroda meninggi hari, Mati ditembak di dalam buai; Banyak muda dapat dicari, Gelak di manakan sesuai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Bila bintang nampak meninggi, Tanda hari beransur siang; Apabila abang hendak pergi, Tanda berkurang kasih sayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak gagak terbang meninggi, Bila penat hingga di dahan; Awak hendak orang tak sudi, Bila diingat binasa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Adat Melayu pantang meninggi, Meninggikan diri tanda takbur; Jahatlah laku melupakan budi, Hutang budi sampai ke kubur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Naik bukit hari meninggi, Hendak dicincang nangka muda; Biar saya tak makan sehari, Asal berpandang sesama muda. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak sungguh bintang meninggi, Ada satu bintang kejora; Banyak sungguh orang di sini, Cuma yang satu permainan mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kacip baling ke bulan, Bintang tidak meninggi hari; Saya ke mari menghadap tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Burung jelatik burung jeladan, Burung tekukur terbang meninggi; Sudahlah paut samalah padan, Marilah ukur samalah tinggi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Kalau ditabur biji ketari, Biji pauh jangan dipetik; Kalau tidur meninggi hari, Rezeki jauh langkah pun pendek. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |