Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nin.jau] | منينجاو

Definisi : sj tumbuhan, belinjau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nin.jau] | منينجاو

Definisi : 1. memerhatikan (melihat-lihat) sesuatu dr tempat yg tinggi atau dr jauh: dr tingkat atas bangunan itu ia ~ suasana bandar Kuala Lumpur yg sedang dirayapi malam; dia berdiri di pintu meninjau-ninjau ke keliling halaman dan di kejauhan; 2. datang (berkunjung) utk melihat-lihat (mengamat-amati dll), mengunjungi (utk mengetahui sesuatu), melawat: ahli-ahli Parlimen diseru supaya selalu ~ kawasan mereka; ibunya selalu ~ ke rumahnya; 3. mengawasi, mengintai, mengintip, menyiasat: pasukan peronda itu ditugaskan ~ gerak-geri penyeludup di sepanjang pantai negeri; 4. memeriksa, mempelajari, meneliti, meng­kaji: memang baik kalau kita ~ balik perkara-perkara yg akan memudahkan penyelesaian masalah itu; jika ditinjau dr sudut sastera dapat kita katakan karyanya bermutu; pegawai polis itu meninjau-ninjau buku hariannya; 5. menyelidiki atau menyiasat (pendapat, fikiran, dll), menduga (hati, perasaan): tujuannya hendak ~ pendapat alim ulama mengenai masalah loteri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nin.jau] | منينجاو

Definisi : 1 memperhatikan sesuatu dr tempat tinggi atau dr jauh: Ia ~ dr tingkap itu. 2 pergi mengunjungi; melawati: Mereka pergi ~ kawasan-kawasan perumahan baru. 3 menyelidik atau menyiasat (pendapat atau fikiran seseorang). 4 mengintai (gerakan musuh); mengintip. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tinjau
Kata Terbitan : meninjau, tinjauan, peninjau,

Puisi
 

Sirandah daunnya hijau,
     Ambil sepenggal akan pelacut;
Tinggi rendah mata meninjau,
     Akan mencari lawanan patut.


Lihat selanjutnya...(7)

Pantun

PantunSumberTema
Tinggi-tinggi matahari, Tinggi meninjau pantai Melaka; Hilang sahabat boleh dicari, Hilang kekasih badan binasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sirandah daunnya hijau, Ambil sepenggal akan pelacut; Tinggi rendah mata meninjau, Akan mencari lawanan patut.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Siandah daunnya hijau, Kuintai layu tak mahu layu; Tinggi rendah mata meninjau, Kuintai lalu tak mahu lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pisang rendah masak hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pisang muda masak hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah saya meninjau, Nanti lalu tidak lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pisang hijau masaknya hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas