Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.pu] | منيڤو

Definisi : mengenakan tipu, memperdaya, mengecoh: ia dituduh ~ orang ramai dgn menjual barang-barang palsu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.pu] | منيڤو

Definisi : mengenakan tipu daya; mengakali: Pekedai itu selalu ~ pembeli-pembeli di kedainya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tipu
Kata Terbitan : tipuan, menipu, tertipu, penipuan, penipu,

Peribahasa

Manis udang,
     maka ketam direbus tak merah?

Bermaksud :

Menipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau berjaja jangan menipu, Bila menipu langganan lari; Kalau bekerja jangan berseteru, Bila berseteru kawan membenci.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Yang lurus tidakkan menipu, Ingat hutangnya banyak sedikit; Orang kurus awak yang pilu, Melihat tulangnya berpalut kulit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Adat Melayu pantang menipu, Bercakap dusta memanglah haram; Sifat Melayu memegang malu, Adab dijaga siang dan malam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau berjalan mendudu-dudu, Nescaya masuk dalam pelimbah; Kalau berkawan tipu-menipu, Di mana duduk lebamlah wajah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Adat sesuku bantu-membantu, Adat sepuak pinak-meminak; Adat membantu jangan menipu, Adat meminak jangan menginjak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mak Ainun anak dara, Petik mengkudu buah bidara; Konon nak jadi jutawan segera, Asyik menipu masuk penjara.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Kalau niat berkain pelekat, Jangan membeli baju kutang; Kalau niat memimpin rakyat, Jangan sekali menipu orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bagaimana buah takkan busuk, Bila selalu diganggu kumbang; Bagaimana nama takkan buruk, Bila kerjayanya menipu orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Bukan mudah berladang darat, Ladang darat menebang kayu; Bukan mudah memegang adat, Memegang adat pantang menipu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yang disebut berkain basahan, Memakai kain di waktu mandi; Orang berebut berkawan setan, Pandai bermain menipu isteri.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas