Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ni.ti] | منيتي

Definisi : 1. berjalan di titi, berjalan di lorong (di jalan sempit) yg berlapikkan kayu (batu dsb): Saufi ~ batang kayu di atas sungai itu dgn hemat hingga sampai ke tebing; 2. ki menjalani, mengharungi (perlahan-lahan); 3. ki menjalar, merebak, meresap: perlahan-lahan ~lah perasaan kesedaran dlm dirinya; tiadalah hairan jika nama gadis itu ~ dr satu lidah ke satu lidah anak-anak muda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ni.ti] | منيتي

Definisi : berjalan di atas titi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
titi (kata nama)
Bersinonim dengan titian, jambatan, gertak, limban, pelimban, sirat, keretek, jejantas, jejambat;,
Kata Terbitan : meniti,

Puisi
 

Meniti banir tumbuh,
     Mencabut selasih dulang;
Kami tiada berani sungguh,
     Malas merebut kekasih orang.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Seperti lotong meniti batang kayu.

Bermaksud :

Tidak menghiraukan keadaan di sekelilingnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Awang Dollah pandai meniti, Pandai meniti pandan mengkuang; Kerana tebu semut tak mati, Kerana semut gula terbuang.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Meniti banir tumbuh, Mencabut selasih dulang; Kami tiada berani sungguh, Malas merebut kekasih orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Semut meniti laju, Berbondong meniti damak; Jikalah tuan setuju, Sejuk perut emak.Pantun Melayu SarawakNasihat
Dari kapal meniti batang, Salah bawa jatuh bedebuk; Laki gatal bini pun miang, Mentua gila anak pun mabuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bapa hendak meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Saja tak pandai harap faham, Jangan gelabah disuruh orang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Bunga pandan meniti pudak, Pudak dititi kayu berdiri; Bunga tinggi penjolok bunak, Jikalau sudi jatuh sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Raden Galuk meniti batang, Panji-panji turun berkuda; Dari jauh saya datang, Melangsung hajat tuanlah semua.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pandai mengalah meniti batang, Raja Panji turun berkuda; Demi jauh tuan datang, Menuntut janji dari semula.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung puyuh meniti di batang, Batang manggis condong ke paya; Kebaya labuh bersanggul lintang, Senyum manis di pagi raya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak tupai meniti dahan, Dahan patah tebing seberang; Macam saya belum faham, Jangan berlawa disuruh orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas