Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.hit] | منجاهيت

Definisi : 1. menyambung sesuatu (kain dll) dgn menggunakan jarum dan benang: dia tidak biasa ~ dgn menggunakan mesin jahit; 2. membuat pakaian: kakak sedang ~ pakaian utk hari raya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.hit] | منجاهيت

Definisi : 1 melekatkan sesuatu (spt mengelim dll) dgn menggunakan jarum dan benang: ~ dgn mesin, lebih cepat drpd ~ dgn tangan. 2 membuat pakaian: Kakak sedang ~ baju saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jahit (kata kerja)
Bersinonim dengan sembat, jelujur, jerumat, sulam, tekat, suji, kelim;,
Kata Terbitan : berjahit, menjahit, jahit-menjahit, jahitan, penjahit,

Puisi
 

Mengapa adik menjahit baju,
     Menjahit kain si banyak lagi;
Mengapa adik kata begitu,
     Kata yang lain banyak lagi.


Lihat selanjutnya...(15)

Pantun

PantunSumberTema
Bagaimana hendak menjahit, Hendak menjahit jari pun rempak; Bagaimana saya nak naik, Tuan rumah belum nampak.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Mengapa adik menjahit baju, Menjahit kain si banyak lagi; Mengapa adik kata begitu, Kata yang lain banyak lagi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang menjahit benang sutera, Putus benang habis tercampak; Biar ribut angin utara, Asal lautan jangan berombak.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Sungguh beruntung menjahit tilam, Siap tilam tidurkan nyenyak; Sungguh beruntung berkulit hitam, Merayap malam tidakkan nampak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Abang Hassan anak baginda, Menjahit baju tidak bersisi; Rindu di hati datang melanda, Air mata jatuh ke pipi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari panas mencucuk benang, Benang menjahit baju kebaya; Air jernih lubuknya tenang, Jangan disangka tiada buaya.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Patah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Cik Yam duduk di pintu, Sambil menjahit baju kurung; Sahabat diam memang begitu, Macam gunting makan di hujung.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kak Esah berumah ke hulu, Bawa menjahit rumai Brunei; Hendak terkenang permainan dahulu, Air mata berlinang ke sungai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Biar Cina kelapa Cina, Biar manis menjahit baju; Sudahlah tinggal berdiri tiga, Jangan menangis ditinggal aku.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas