Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.la] | منجالا

Definisi : menangkap ikan dgn menggunakan jala; siapa ~ siapa terjun prb siapa yg ingin sesuatu dialah yg harus berusaha; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.la] | منجالا

Definisi : menangkap ikan dgn jala. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjala

Puisi
 

Orang menjala tepi kolam,
     Dapat ikan sebesar jari;
Bukan salah kain disulam,
     Kerana benang warnanya mati.


Lihat selanjutnya...(20)

Pantun

PantunSumberTema
Jauh dekat orang menjala, Menjala udang ketika surut; Jauh dekat datanglah bala, Bala datang nyawa pun semput.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jauh dekat orang menjala, Menjala udang berbasah kuyup; Jauh adat datang bala, Bala datang susah hidup.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jauh dekat orang menjala, Menjala udang berhujan panas; Jauh dekat datanglah bala, Bala datang badan melengas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jauh dekat orang menjala, Menjala udang sehingga subuh; Jauh dekat datanglah bala, Bala datang sengketa tumbuh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jauh dekat orang menjala, Menjala udang di hulu sungai; Jauh dekat datanglah bala, Bala datang mati meragai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jauh dekat orang menjala, Menjala udang di hulu sungai; Jauh adat datanglah bala, Bala datang malu terburai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jauh dekat orang menjala, Menjala udang di tempat teduh; Jauh adat datanglah bala, Bala datang umat bergaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jauh dekat orang menjala, Menjala udang setiap hari; Jauh adat datanglah bala, Bala datang gelaplah negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mengapa orang pergi menjala, Menjala sepat sekali belum; Mengapa abang menjadi gila, Gila melihat adik tersenyum.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bukan mudah menjala pari, Menjala pari mahu berlapar; Bukan mudah menjaga diri, Menjaga diri mahu belajar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
123456

Kembali ke atas