Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ja.ring] | منجاريڠ

Definisi : menangkap (ikan dll) dgn jaring: dia ~ ikan di sungai itu; ~ angin prb me­lakukan pekerjaan yg sia-sia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ja.ring] | منجاريڠ

Definisi : menangkap (ikan dll) dgn jaring: Ayah sedang ~ ikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjaring


Pantun

PantunSumberTema
Orang menjaring kilat menyolak, Dapat seekor ikan puput; Orang biring saya jalak, Tuan saya jangan diikut.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau orang menjaring ungka, Rebung seiris kan pengukusnya; Kalau arang tercoreng ke muka, Ujung keris kan penghapusnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Niat hati menjaring rusa, Rusa sudah balik ke padang; Hajat hati menyunting bunga, Bunga sudah dipetik orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jangan adik menjaring rusa, Hati petang berbaliklah dulu; Jangan adik berpaling muka, Kami datang kerana rindu. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalaulah tekun menjaring udang, Udangnya cukup dimakan sendiri; Kalaulah tekun membanting tulang, Senanglah hidup dikemudian hari.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalaulah tekun menjaring udang, Dapat menggulai pagi dan petang; Kalaulah tekun membanting tulang, Niat kan sampai hati pun tenang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Duduk-duduk dalam perahu, Menjala todak menjaring udang; Elok-elok adik menunggu, Bila tidak disunting orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tasik bukan sebarang tasik, Tasik tempat raja menjaring; Asyik bukan sebarang asyik, Asyik melihat dinda menjeling.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas