Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.ling] | منجليڠ

Definisi : memandang dgn ekor mata, me­ngerling: tidak ada antara mereka yg me­mandang, kalau ada pun sekadar me­malis dan ~; jelingan kerlingan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.je.ling] | منجليڠ

Definisi : memandang dgn ekor mata; mengerling: Ia tersenyum sambil ~ suaminya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jeling (kata nama)
Bersinonim dengan kerling, lirik;,
Kata Terbitan : menjeling,

Puisi
 

Burung perling mata merah,
     Mari hinggap pohon kekabu;
Saya menjeling bukan marah,
     Hati di dalam bagai digaru.


Lihat selanjutnya...(9)

Pantun

PantunSumberTema
Kata adat pantang berpaling, Bila berpaling rendah budinya; Mata melihat jangan menjeling, Bila menjeling salah ertinya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Limau manis condong ke Kerling, Sudah ke Keling ke Jawa pula; Hitam manis duduk menjeling, Sudah menjeling ketawa pula.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Burung perling mata merah, Mari hinggap pohon kekabu; Saya menjeling bukan marah, Hati di dalam bagai digaru.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mandilah mandi di tepi awan, Dipetik oleh Si Raja Cina; Menjeling-jeling dua sekawan, Kitaklah juak hati mengenang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bila berjalan sama seiring Banyak kerja dapat dibuat; Apabila puan suka menjeling, Sesaklah dada hamba melihat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tengok-tengok menarik jaring, Kerana jaring talinya panjang; Elok-eloklah adik menjeling, Kerana dijeling hatiku bimbang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Sejak badik berhulu gading, Banyaklah orang datang memegang; Sejak adik selalu menjeling, Tergeraklah abang datang meminang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pohon kapas dibaling-baling, Tersangkut kaca koyak seluar; Melintas dara sambil menjeling, Terbeliak mata macam nak keluar.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Apa guna bermain lilin, Lilin asal dari lemak; Apalah guna jeling-menjeling, Tersalah jeling marah emak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Tanjung Sempit Kuala Tembeling, Arah menghala Lautan Cina; Dia mengenyit saya menjeling, Kenapa seorang jadi merana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas