Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jem.put] | منجمڤوت

Definisi : 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong: siapa yg pergi ~ abangmu di lapangan terbang petang ini?; jemputlah masuk; 2. mengajak atau menyilakan datang, mengundang: dia ~ ramai temannya ke majlis perkahwinannya; datanglah pula orang ~ Pak Lebai kerana hendak kenduri ber­khatam pengajian; 3. Mn mengambil se­seorang utk dijadikan menantu: (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jem.put] | منجمڤوت

Definisi : 1. mencekut dgn hujung jari: ~ garam; 2. mengambil: ia ~ air di pancuran; 3. ki memetik, mengutip: kisah ini dijemput drpd Sejarah Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jem.put] | منجمڤوت

Definisi : mengambil dgn hujung jari; mencekut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[men.jem.put] | منجمڤوت

Definisi : 1 mengajak atau menyilakan datang; mengundang: Tuan rumah itu telah ~ kami makan tengah hari di rumahnya. 2 menyongsong ketibaan orang; menyambut: Ia ~ adiknya di lapangan terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jemput2
Kata Terbitan : sejemput, menjemput, menjemput, jemputan,

Puisi
 

Anak udang ada sejemput,
     Letak mari atas pelantar;
Datang tidak menjemput,
     Balik tidak berhantar.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Kelalaian menjemput pencuri.

Bermaksud :

Kerana kelalaian maka kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan mudah orang berhelat, Helat menjemput orang ramai; Bukan mudah memegang adat, Adat diikut dengan perangai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Hiris rojak hantar ke surau, Hendak menjemput datuk penghulu; Gadis bijak orang tak hirau, Ilmu di dapur laksana dulu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Yang berumput yang memagar, Yang bertanam yang menebangnya; Yang menjemput yang menghantar, Yang meminjam yang memulangkannya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau sekali rumput layu, Sekali pula tanah lembang; Kalau sekali menjemput malu, Sekali pula badan terbuang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak udang ada sejemput, Letak mari atas pelantar; Datang tidak menjemput, Balik tidak berhantar.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bunga cina kembang sejemput, Siapa cakap melarangkannya; Yang empunya datang menjemput, Siapa cakap melarangkannya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Rebah jatuh ke tanah merah, Kerana terhempas pada tanah; Inikan pula daging darah, Menjemput tuan naik ke rumah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Petang-petang menangkap belut, Belut ada dalam duri; Jalannya semak lagi berselut, Tuan menjemput saya ke mari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sayang selasih di Bukit Dulang, Diputik sedulang laut Sebandi; Terima kasih berulang-ulang, Sudi menjemput kami di sini.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ramai orang pergi mengaji, Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya saya memungkiri janji, Tanda ajal menjemput dulu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas