Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.ngu/] | منجڠوق

Definisi : 1. melihat (meman­dang) dgn menghulurkan kepala ke hadapan atau dgn membongkok, menjengah: setelah mendengar bunyi kereta berhenti di ha­dapan rumahnya, Aminah pun ~ keluar utk melihat tetamu yg datang itu; 2. = men­jenguk-jenguk mengunjungi, me­ne­ngok: kalau ada masa lapang, datanglah ~ pak cik di kampung ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.je.ngu/] | منجڠوق

Definisi : 1 melihat dgn menghulurkan kepala ke hadapan atau dgn membongkok; menjengah: Amin ~ ke luar utk melihat siapa yg baru datang itu. 2 menengok-nengok; mengunjungi; menziarahi: Ia selalu juga ~ orang tuanya di kampung. menjengukkan; ~ kepala menghulurkan kepala ke luar (jendela, pintu dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjenguk


Pantun

PantunSumberTema
Pergi menjenguk orang Pekasa, Pergi mengambil buah gajah; Hati baik selembut bahasa, Hati busuk serupa wajah.Pantun Melayu SarawakKasih
Adat seteluk jenguk-menjenguk, Adat setanjung kunjung-mengunjung; Adat menjenguk berelok-elok, Adat berkunjung sanjung-menyanjung.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat resam kata orang, Jenguk menjenguk senang dan susah; Adat faham lembaga terang, Berkira duduk berbilang langkah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Subuh gelap orang ke ladang, Menjenguk padi sedang berbuah; Sungguhpun kerap abang memandang, Untuk berjanji terkalang lidah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Diam-diam orang ke pantai, Untuk menjenguk jaring udang; Siang malam abang mengintai, Mabuk menengok adik melenggang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Badak tenuk namanya haiwan, Hidup selalu di dalam rimba; Hendak menjenguk terasa segan, Ke angin lalu ku kirim cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bila lancang singgah di teluk, Sesudah timpas pasang pun datang; Apabila abang sudah menjenguk, Rinduku lepas dada pun lapang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dapat kolek pergi berdagang, Sepepak teluk dan bandar raya; Teringat adik hatiku bimbang, Hendak menjenguk apakan daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah nangka dimakan ulat, Belum masak sudah membusuk; Sudah lama kukirimkan surat, Belum nampak dinda menjenguk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak kodok di atas papan, Mati dipatuk si ular sawa; Enak sungguh mimpikan tuan, Serasa menjenguk pintu syurga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas