Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.je.rat] | منجرت

Definisi : 1. memasang jerat, menangkap dgn jerat: ~ burung (kijang dll); 2. ki me­lakukan tipu muslihat, menyusahkan (men­celakakan) orang dgn tipu muslihat: hati-hati engkau, jangan dijerat oleh perempuan jalang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.je.rat] | منجرت

Definisi : 1 menangkap dgn jerat; memasang jerat: Ia hendak ~ babi yg selalu merosakkan tanamannya. 2 ki melakukan tipu muslihat; mencelakakan orang dgn tipu muslihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjerat

Puisi
 

Putus tali menjerat tanjung,
     Tanjung dijerat buah pala;
Niat hati menatang ajong,
     Ajong berisi intan kumala.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Menjerat kerbau jalang, Jerat ditahan sembilan mata; Sedang jinak ditatang abang, Tidak boleh ditangkap saja.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang menjerat di puncak ladang, Mendaki menurun penatlah tubuh; Abang ibarat burung yang terbang, Mencari pohon tempat berteduh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang menjerat ke hulu Johor, Mencari rusa berserta kijang; Abang ibarat perahu bocor, Siapa pula yang mahu menumpang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau hendak menjerat rusa, Siapkan tali disimpul erat; Kalau hendak berbuat jasa, Tetapkan hati betulkan niat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Banyaklah orang menjerat rusa, Rusa bermain ditugal padi; Banyaklah orang berbuat jasa, Jasa pemimpin kekal abadi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Walaupun orang menjerat babi, Janganlah pula dicerca-cerca; Walaupun orang mendapat rezeki, Janganlah kita meminta-minta.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Niat hati menjerat kijang, Kijang sudah mati terbunuh; Hajat hati memikat abang, Abang sudah pergi menjauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Putus tali menjerat tanjung, Tanjung dijerat buah pala; Niat hati menatang ajong, Ajong berisi intan kumala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana kita hendak menjerat, Orang berburu pagi dan petang; Bagaimana hamba hendak diikat, Abang tak mahu berterus terang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak beruk duduk menjerat, Kepala tunduk mengintai cicak; Awak gemuk masuk ke helat, Di mana duduk lantai berderak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
12

Kembali ke atas