Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ji.lat] | منجيلت

Definisi : 1. merasa (mengambil) makanan dll dgn lidah: susu yg tumpah itu habis dijilat kucing; 2. (bkn api) makin bertambah besar dan mulai memakan: api dr rumah sebelah sudah mulai ~ atap pondok Pak Mat; 3. = ~ pantat Id mengangkat, melakukan sesuatu utk menyukakan hati orang atasan dll (utk mendapat pangkat, pujian, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ji.lat] | منجيلت

Definisi : 1 menjulurkan lidah utk merasa atau utk mengambil makanan: Kuching itu ~ susu yg tertumpah. 2 mula memakan (bkn api); menyenggau: Api itu pun segera ~ atap. 3 ki berbuat sesuatu utk mendapat pujian (dinaikkan pangkat dll); mengangkat; mengampu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menjilat

Peribahasa

Menjilat air liur (= ludah).

Bermaksud :

Yang sudah dicela dipuji kembali.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Taat Melayu memegang cakap, Pantang sekali menjilat ludah; Adat berguru memegang kitab, Petang pagi rahmat bertambah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat Melayu memantangkan fitnah, Suka memfitnah banyaklah musuh; Menjilat siku membuang tuah, Hilang tuah maruah pun runtuh.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yang ringan sama diangkat, Bila berat pikul sendiri; Orang penyegan suka menjilat, Makan kuat sebakul sehari.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Selama merpati kena jerat, Banyaklah lalat berasa pilu; Selama menteri gila menjilat, Banyak umat yang kena tipu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka

Kembali ke atas