Banyaklah orang menjolok nangka, Kerana nangka banyak buahnya; Banyaklah orang nan masuk neraka, Kerana derhaka pada orang tuanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Petang-petang menjolok manggis, Manggis jatuh pecah empat; Petang-petang tunduk menangis, Macam burung mencari tempat. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Saya saja menjolok kumbang, Kumbang bersarang lubang tiang; Saya saja menjolok abang, Bulan mengambang dikatakan siang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tetak buluh panjang sepuluh, Nak menjolok sarang tempua; Janganlah adik suruh-menyuruh, Biarlah pandai kita berdua. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Patah galah di tepi pagar, Untuk menjolok durian belanda; Sudah berpangkat bergaji besar, Datang ke pejabat jangan tiada. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Tetak juak si buluh pulau, Pakai menjolok sarang tebuan; Genjukku tangan dari pulau, Niatku mati di pangku tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau mencari buah asam, Biar lebih kurang jangan; Alang-alang menjolok pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Tukul sumbing pecah berjalan, Pecah terantuk tebik terjatuh; Niat di hati menjolok bulan, Bulan dijolok bintang yang jatuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Padi ini padi Mak Baluk, Padi ditunda dari Palembang; Dapat sesuka hati kanda menjolok, Suntinglah adinda bunga kembang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kait mengait serambi padi, Padi ini padi Mak Buruk; Apabila kena ular pun mati, Dapat sesuka hati kanda menjolok. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |