Menjual serbat sampai ke kota, Sehari-hari pergi dan datang; Tidak terubat hati nan luka, Terkenang sahabat jauh di seberang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Jika sudah menjual mengkuang, Jangan diminum air segelas; Jika lidah tidak bertulang, Jangan diharap kasih berbalas. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Tempat orang menjual keledek, Buah salak daun pandan; Perempuan pula berambut pendek, Salah pandang macam pondan. | Pantun Melayu Sarawak | Berkait |
Sudahlah letih menjual padi, Jangan pula dikata-kata; Sudahlah sedih ditinggal pergi, Jangan pula hamba dinista. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Encik Andak menjual kain, Kain sutera dari seberang; Walaupun banyak sahabat yang lain, Manakan sama tuan seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Cik Siti menjual nangka, Dibubuh mari di dalam raga; Haram sekali tak kusangka, Ular lidi membunuh naga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak Cina menjual madat, Dari pasar terus ke Bali; Hidup di dunia biar beradat, Kasih tidak dijual beli. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Nenek Lowek menjual sirih, Sirih dijual Jambatan Panjang; Cantik molek kami tak pilih, Asallah jangan mata keranjang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Budak-budak menjual pulut, Pulut dijual di pagi hari; Kasih adinda hanya di mulut, Kasih tak sampai ke dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak Cina menjual kesuma, Mari dijual di Pekan Rabu; Makan tak lalu tidur tak lena, Teringat tuan saban waktu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |