Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.jun.jung] | منجونجوڠ

Definisi : 1. membawa sesuatu di atas kepala: perempuan tua itu ~ bakul yg berisi padi; 2. mematuhi (titah dll), menurut: patik ~ titah tuanku; 3. amat menghormati, me­muliakan, amat menghargai: mesej yg bersifat kemanusiaan, ~ nilai-nilai moral dan spiritual; ~ duli = ~ kaki memberi khidmat kpd raja; ~ tinggi sangat menghargai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.jun.jung] | منجونجوڠ

Definisi : 1 membawa sesuatu di atas kepala: Terdaya dia ~ bakul yg penuh berisi padi itu. 2 mematuhi atau menurut (perintah dll): Patik ~ perintah tuanku. 3 menghormati; menghargai: Kami ~ segala nasihat tuan itu setinggi-tingginya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
junjung
Kata Terbitan : menjunjung, junjungan,

Puisi
 

asdf asdf asd afasdf asf


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Memikul di bahu,
     menjunjung di kepala.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Menumbuk di lesung, bertanak di periuk).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Pagi petang menjunjung cerek, Hendak diminum airnya pahit; Gigi panjang hidungnya pesek, Hendak mencium dikira menggigit.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Adat Melayu menjunjung maruah, lkhlas hati tahukan diri; Kuat Melayu mengandung sumpah, Membalas budi hinggalah mati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Si berahi menjunjung talam, Direncong berlipat-lipat; Mati berahi anak Adam, Kena doa pandang makrifat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kalau terbang burung kuaran, Gantunglah jala berlapis rapat; Kalau orang menjunjung al-Quran, Junjunglah pula hadis Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dari jauh gunung menali, Sudah dekat bukit bertambah; Dari jauh menjunjung duli, Sudah dekat mengangkat sumpah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Burung tuli mandi berhujan, Bolehlah mandi sekali lagi; Orang tua menjunjung uban, Boleh masuk ke medan lagi.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Apa tanda perahu tersakat, Dikayuh didayung tiada beranjak; Apa tanda Melayu beradat, Teguh menjunjung sunah dan syarak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Petang-petang duduk melengung, Sarang penyengat dalam padi; Adinda duduk di pucuk payung, Kanda di bawah menjunjung duli.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas