Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.no.la/] | منولق

Definisi : 1. mendorong, menyorong: mereka datang beramai-ramai ~ motokar saya hingga selamat; 2. mencegah (bahaya dll), mengelakkan atau menangkis (serangan dll), menangkal (penyakit dll): ~ serangan musuh; ~ bencana bah; 3. tidak mahu mene­rima (meluluskan, mengabulkan, membenar­kan), tidak membenarkan (pendapat), me­nam­pik: pinangannya ditolak orang; rezeki jangan ditolak; pendirianmu itu saya tolak keras; mazhab purisme bahasa memper­lihatkan kecenderungan ~ unsur asing; 4. = menolakkan menghalau, mengusir: isterinya ditolak dr rumahnya; 5. mengurangi, mem­buang, memotong: ia hanya menerima beberapa ratus ringgit sahaja drpd gajinya apabila ditolak cukai pendapatan dan hutang-hutangnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.no.la/] | منولق

Definisi : 1 tidak mahu menerima sesuatu permintaan dll: Ia telah ~ lamaran pemuda itu. 2 menggerakkan sesuatu ke depan, ke belakang dll; menyorong: Banyak yg datang ~ batang kayu yg merintangi jalan itu. 3 mengurangkan atau memotong: Setelah ditolak cukai pendapatan, gajinya tinggal RM500/- saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tolak
Kata Terbitan : bertolak, bertolak-tolak, menolak, tolakan, penolakan, penolak,

Peribahasa

Seludang menolak mayang.

Bermaksud :

Menyombongkan diri.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Pantun

PantunSumberTema
Tengok-tengok naik ke kotak, Sampan kotak tiangnya tinggi; Elok-eloklah adik menolak, Salah menolak tunangnya nanti.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Yang ada sudah dihimbau, Niat berdoa menolak bala; Orang duda suka mengingat, Teringat janda ditalak tiga.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Jangan menetak rumpun bawah, Rumpun bawah ada uratnya; Jangan menolak aduan orang, Aduan orang ada niatnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Walaupun ikan sudah dimasak, Nasinya baru hendak dijerang; Walapun tuan sudah menolak, Cinta kasihku tidakkan hilang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau kutahu hutannya semak, Tentu tak jadi beramu kayu; Kalau kutahu tuan menolak, Tentu tak sudi hamba merayu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Buah seminal biji berkilat, Dibuat minyak rasa perisa; Sudah kuungkai tali pengikat, Adik menolak apalah daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Hilang sudah perahu nadi, Dilanda ombak gelombang besar; Orang merendah malulah hati, Daripada menolak baik bersabar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak elang mati terkejut, Hilang campak ke dalam paya; Awaklah sayang hati terpaut, Orang menolak apalah daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Payah sungguh membawa perahu, Hujan deras ombak menggila; Payah sungguh hamba merayu, Puan berkeras menolak hamba.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ayam bagung kokok berdencang, Disambar helang patahlah kepak; Dalam bingung duduk mengerang, Disabarkan orang usah menolak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas