Bagaimana nasi takkan mentah, Periuk dijerang tidak berapi; Bagaimana hati takkan patah, Ilmu kurang hendak meninggi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila bertanak nasinya mentah, Tanda menjerangnya kurang selidik; Apabila beranak budinya rendah, Tanda orang tuanya kurang mendidik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Masak nasi dua kali mentah, Dua kali alih tungku; Dapat batu intan bertatah, Batu delima terbuang lalu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Bismillah mengepal nasi, Nasi mentah dikepal jangan; Bismillah memulakan nyanyi, Nyanyi salah dikeji jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Gadis Minah mengepal nasi, Nasi mentah dikepal jangan; Bismillah menguat nyanyi, Nyanyiku salah bergusal jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Apabila bertanak tidak dijaga, Kalau tak mentah tentulah hangus; Apabila beranak tidak dibela, Kalau tak susah tentu memupus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau bertanak jangan menggulai, Kalau menggulai mentah asyiknya; Kalau gelap nak jangan menggilai, Kalau menggilai susah jadinya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Kalau belera sudah direbus, Takkan dapat dimakan mentah; Kalau perkara sudah diputus, Takkan dapat dipermudah-mudah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jangan makan sebarang saja, Ada yang busuk ada yang mentah; Jangan tuan memandang rupa, Rupaku buruk tidak semenggah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |