Pak Uda menuai padi, Padi disimpan di dalam raga; Walau apa akan terjadi, Sakit senang teruskan juga. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Waktu siang tegak menuai, Hendak duduk lutut terkilir; Mau pulang awaklah cerai, Hendak rujuk takut disindir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ada untungnya pergi menuai, Dapat padi hidup pun senang; Ada untungnya menjadi lebai, Di mana kenduri dijemput orang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Bangun pagi pergi ke ladang, Menuai padi tengah berbuah; Kususun jari menyembah abang, Sampai mati kasih tak sudah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan mudah berladang darat, Hingga menuai padi dijaga; Bukan mudah memegang adat, Bila lalai diri tercela. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Adat berladang menanam padi, Adat menuai sesudah masak; Adat seorang bertanam budi, Adat beramai membela yang hak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sebilah parang diasah tajam, Pandir hendak pergi menuai; Bila teringat sejarah silam, Air mata menganak sungai. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Tengah hari orang ke ladang, Kerja menumbuk menuai padi; Patahlah hati orang memandang, Rajanya mabuk menteri berjudi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sayang Pak Koming turun ke bendang, Sampai ke bendang menuai padi; Hati runsing jangan dikenang, Kalau dikenang rosaklah hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak balam terbang ke sungai, Anak tiung terkantuk-kantuk; Nan menanam nan kan menuai, Nan berlesung nan kan menumbuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |