Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pergi ke, arah ke: maka kedua-dua hulubalang itu ber­jalanlah ~ gunung itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pergi ke; mengarah ke: Kereta itu berjalan dgn lajunya ~ Kuala Lumpur. 3 mengikut arah; mengarah; menghala. 4 membalingkan atau me­lem­­parkan sesuatu ke arah tertentu: Dlm permainan itu, bola kecil digunakan utk ~ botol-botol. 5 bermaksud utk: Usaha-usaha itu ~ kpd kemajuan ma­sya­rakat Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dari Jeram menuju ke Bentan,
     Singgah bermalam di Tanjung Jati;
Orang karam di tengah lautan,
     Hamba karam di hati sendiri.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

PantunSumberTema
Bila berjalan menuju ke sumur, Bawa basahan buat penutup; Apabila puan mahu menegur, Rela kupuja seumur hidup.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Cik Esah menuju ke pekan, Tumbuh kulat di kaki kuda; Cik Esah cik tuan pesan, Kirim surat kupinang muda.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Dari Jeram menuju ke Bentan, Singgah bermalam di Tanjung Jati; Orang karam di tengah lautan, Hamba karam di hati sendiri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Berjalan kaki menuju ke paya, Singgah sekejap menggali cacing; Wahai tuan saya bertanya, Di mana jari menyarung cincin.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyak orang menuju ke Daik, Kita menuju Selat Melaka; Banyaklah orang mengaku baik, Kita mengaku jahat belaka.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tuan kayuh orang berempat, Tuan menuju ke rumah raja; Kalau sampai di Batu Pahat, Macam menitik air mata.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Gamat-gamat menikam gamat, Hendak menuju ke Singapura; Mudah-mudahan hidup selamat, Syukurlah sampai mati berdua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak itik dua sekawan, Terbang menuju ke dalam gua; Rindunya adik kepada abang, Rasa nak terbang sekarang juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Budak Mesir berdagang intan, Turun balai menuju ke paya; Hendak fikir memakan umpan, Bibir berkait badan tak rela.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Hendak menuju ke Pulau Deli, Buah pauh di dalam guni; Tenggelem kapal datang ke mari, Adakah kenal orang di sini.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas