Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.num.bu/] | منومبوق

Definisi : 1. memukul dgn alu dll supaya hancur (terkelupas dll): ia sedang ~ padi; beras yg aku makan itu hendaklah dikupas olehmu, jangan lagi ditumbuk; 2. memukul dgn buku tangan, meninju, menggocoh: dia sangat marah lalu ~ muka orang itu; 3. melanggar akan, membentur kpd, menubruk: dia telah mendapat luka-luka apabila kereta yg dipandunya ~ seekor kerbau yg sedang melintas jalan; 4. Mn ark berjalan kaki, menapak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.num.bu/] | منومبوق

Definisi : 1 memukul dgn buku tangan atau dgn tinju; meninju: Beliau telah ~ pemuda itu sehingga rebah. 2 memukul atau menghentak dgn alu dll supaya hancur atau terkupas: ~ padi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tumbuk
Kata Terbitan : bertumbuk, menumbuk, tumbukan, penumbuk,

Puisi
 

Menumbuk di lesung tinggi,
     Orang menampi di tengah jalan;
Apa sudah duduk begini,
     Bagai pungguk rindukan bulan.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Menumbuk di lesung,
     bertanak di periuk.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu hendaklah menurut aturannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Memikul di bahu, menjunjung di kepala).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

PantunSumberTema
Menumbuk emping kita dahulu, Buat pengisi katang-katang; Duduk bersanding kita dahulu, Sambil menunggu kadi datang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Menumbuk orang di Kampung Atar, Tembulat mengejut ayam; Biar dulu kok terlantar, Di mana boleh sama dalam.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Menumbuk di lesung tinggi, Orang menampi di tengah jalan; Apa sudah duduk begini, Bagai pungguk rindukan bulan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Biarlah orang menumbuk genta, Kita menumbuk padi di peti; Biarlah orang kemaruk harta, Kita kemaruk budi pekerti.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Orang menumbuk di atas lambur, Kalaulah gelap pasang pelita; Mata mengantuk rasa nak tidur, Dalam tidur macam berjaga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang menumbuk alunya tiga, Patah satu alu suasa; Adik tunduk malu ke siapa? Malu ke abang dah kenal biasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Adik menumbuk alunya tiga, Patah satu tinggal dua; Adik tunduk malukan siapa? Malukan abang tunang biasa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau selalu menumbuk emping, Sekali-skali kenalah tangan; Kalau selalu duduk merunsing, Sekali-sekali kena petangan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau selalu menumbuk lada, Sekali-sekali mata kan pedas; Kalau selalu berburuk sangka, Sekali-sekali kan kena bidas.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Awas-awas menumbuk sambal, Salah tumbuk tiada lumat; Awas-awas duduk terbual, Salah duduk terbuka aurat.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
123

Kembali ke atas