Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nung.gang] | منوڠݢڠ

Definisi : 1. menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu (basikal, kuda, dll), mengenderai: kemudian dia ~ basikal lima batu menurun bukit; ber-deret-deret unta ditunggangi oleh orang-orang yg memakai pakaian yg luar biasa; 2. ki mempergunakan sesuatu (orang dll) utk mencapai maksud sendiri: janganlah mem­biar­kan diri kita ditunggangi oleh perasaan dendam-mendendam yg tidak berkeputus­an; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nung.gang] | منوڠݢڠ

Definisi : duduk menggunakan sesuatu sbg alat yg dikenderai dgn duduk bercelapak di atasnya: ~ kuda; ~ basikal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tunggang3
Kata Terbitan : menunggang, menunggangi, menunggang,

Puisi
 

Orang darat menunggang kuda,
     Kuda ditunggang laju sekali;
Buat baik berpada-pada,
     Buat jahat jangan sekali.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Macam-macam menunggang kuda, Menunggang kuda di rumpun buluh; Sapu tangan pakaian muda, Pohon pemalit peluh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cumi menunggang kuda-kuda, Ibu menyulam kain sutera; Suami baik selalu waspada, Isteri dibelai dengan mesra.Pantun Melayu SarawakKasih
Orang darat menunggang kuda, Kuda ditunggang laju sekali; Buat baik berpada-pada, Buat jahat jangan sekali.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Encik Leman menunggang kuda, Bawa kuda di bawah bukit; Iman jatuh kerana kakanda, Kakanda bimbang bukan sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas