Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nu.tup] | منوتوڤ

Definisi : 1. tidak membiarkan terbuka (pintu, tingkap, dll), merapatkan tutupnya, mengatup: ia ~ pintu rumahnya; 2. memberi bertutup (bertudung), menudungi: kita hendaklah ~ makanan kita supaya jangan dihinggapi lalat; 3. ki tidak menghebahkan, merahsiakan, menyembunyikan: mereka tahu ~ rahsia; 4. menjadikan tidak boleh dilalui atau diikuti (jalan, sungai, dll), menim­bus supaya buntu, menyekat, menyumbat: semua jalan di kawasan perintah berkurung telah ditutup sejak pukul enam petang tadi; 5. mematikan nyala lampu dll, lwn memasang: dia memberani-beranikan hati pergi ke ruangan depan dan ~ lampu; 6. memasukkan ke dlm penjara, memenjarakan; 7. menjadikan cukup (wang perbelanjaan dll), mencukupkan, menggenapkan; 8. mengakhiri atau menyudahi (cerita, pembicaraan, dll): Ali ~ cerita dan meraba bibirnya; 9. tidak melanjutkannya lagi (tempoh), habis tempohnya: tarikh permohonannya ditutup pd 10 Julai yg akan datang ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nu.tup] | منوتوڤ

Definisi : 1 me­rapatkan tutupnya (ttg pintu, tingkap dll); mengatup: Ia ~ pintu biliknya. 2 memberi bertutup atau ber­tudung; menudung. 3 menyimpan sbg rahsia; menyembunyikan: Ia pandai ~ keburukan keluarganya. 4 menyebabkan tidak dpt dilalui (ttg jalan, sungai dll); menghalang: Polis telah ~ jalan itu utk mengelakkan kesesakan lalu lintas. 5 memadamkan atau mematikan nyala lampu dll; lw memasang: Ia ~ lampu biliknya lalu tidur. 6 mengakhiri atau menyudahi sesuatu pembicaraan, cerita dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tutup
Kata Terbitan : bertutup, menutup, tertutup, penutupan, penutup,

Puisi
 

Kalau nak hujan hujanlah hari,
     Boleh saya menutup petak;
Kalau nak bujang bujang sekali,
     Boleh saya nak masuk mintak.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menggali lubang,
     menutup lubang.

Bermaksud :

Berhutang untuk membayar hutang. (Peribahasa lain yang sama makna: Tutup lubang, gali lubang).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau menutup tidak rapat, Salah letak isi terbuang; Kalau hidup tidak beradat, Di mana tegak dibenci orang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau menutup tidak rapat, Bila miring isi tertumpah; Kalau hidup tidak beradat, Bila berunding pasti menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau menutup tidak rapat, Lalat masuk semut pun masuk; Kalau hidup tidak beradat, Tabiat buruk mulut pun busuk.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau menutup tidak rapat, Nasi bekal tentulah basi; Kalau hidup tak beradat, Matilah akal buntulah hati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Adat memakai menutup aurat, Adat berkain pantang tersingkap; Adat beramai hidup bersahabat, Adat bermain memegang adab.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Besar kayu kerana uratnya, Urat berjuntai menutup batang; Besar Melayu kerana adatnya, Adat dipakai hidup terpandang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan sengaja saya berkain, Saya berkain menutup tubuh; Bukan sengaja saya bermain, Saya bermain bersungguh-sungguh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau nak hujan hujanlah hari, Boleh saya menutup petak; Kalau nak bujang bujang sekali, Boleh saya nak masuk mintak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau redup hari kan hujan, Jangan sekali berjalan jauh; Kalau menutup rezeki kawan, Saban hari akan bergaduh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tebang tebu banyak-banyak, Mari bawa dalam raga; Tuntut ilmu biar banyak, Nak menutup pintu neraka.Kurik Kundi Merah SagaAgama
12

Kembali ke atas