Orang menyabung di balik teluk, Kena tikam habis berlubang; Ayam terkepung di pagar buruk, Terkam musang lalu terbang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Orang menyabung di balik buluh, Ayam jalak sisik berduri; Intan di gedung emas sepuluh, Jatuh terpijak habis sekali. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kami malas menyabung kacung, Kacung ada di atas pagar; Kami malas menyambung pantun, Pantun kami baru belajar. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Ayam Bugis menyabung tali, Mari berlaga Alor Kesinai; Adik putih cuba lalu lagi, Berpaling tengok abang nak kenai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Besar gelanggang tempat menyabung, Tanam buluh menjadi rebung; Kalaulah sudah suka menolong, Tentu orang semua terkampung. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Asah taji asah golok, Buat menyabung ayam kelabu; Saya janji masak di pokok, Kalau ranggah saya tak mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Cik Dollah mudik berkabung, Hilir-menghilir kuala Rokan; Kalau kalah abang menyabung, Masuk badan ke petas rotan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ulang-ulang ke kampung sini, Singgah menabur biji bayam; Ulang-ulang ke kampung ini, Ada juga menyabung ayam. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |