Muara peti pandai menyala, Kulit kerang asalnya kapur; Hiduplah api menyala-nyala, Letak apa belanga ke dapur? | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Encik Mat Tahir pengasuhnya, Muara peti pandai menyala; Ambillah air buat pembasuhnya, Hiduplah api menyala-nyala. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Kalau pelita sudah menyala, Tentu terang alam keliling; Kalau cinta sudah membara, Hidup mesti tak ambil pusing. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bunga raya merah menyala, Bunga lebih diisi karung; Abang kaya bertambah kaya, Hamba miskin dibawa untung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Banyak rabuk perkara rabuk, Rabuk menyala dimakan api; Banyak mabuk perkara mabuk, Mabuk bercinta makan hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sabut bukan sebarang sabut, Sabut menyala semakin terang; Takut bukan sebarang takut, Takut kerana main belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hendak lilin kuberi lilin, Lilin dapat menyala terang; Hendak cincin kuberi cincin, Cincin mengikat kasih sayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Asap api nampak bergumpal, Padang kering sudah menyala; Hasrat hati hendak berkenal, Orang berpaling apalah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apa guna lilin dipasang, Bila apinya tidak menyala; Apa guna main belakang, Bila tidak berani ke muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Makin direndang semakin meresik, Itu membuat apinya menyala; Makin dipandang semakin asyik, Itu membuat hati menggila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |