| Ikan belais boleh menyalak, Kutaruh mari dalam tempurung; Hendak menangis bukan ku budak, Akan terbang bukan ku burung. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
| Anjinglah asap asap berbuku, Anjing menyalak di pintu kota; Lagi tak dapat lagi berguru, Hendaklah sapu arang di muka. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Bukit Beguk barat Melaka, Anjing menyalak ayam hutan; Buah jarak tidak kusangka, Jarak menjadi buah rambutan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
| Orang Lengging membuat rakit, Rakit dibuat kayu nyatuh; Biarlah anjing menyalak bukit, Bukit tetap tidakkan runtuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Limau anum campak di kolam, Ranting terletak di tepi bukit; Harimau mengaum tidak menerkam, Anjing menyalak tidak menggigit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |