Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.pa] | مڽاڤ

Definisi : mengajak bercakap-cakap, me­negur: seorang pun tidak ~ atau mengendah-kan dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyapa

Puisi
 

Kain sarung bunga belais,
     Dikandung-kandung cuci di kaki;
Tunduk terkidum menyapa ikhlas,
     Barulah sedap rasa di hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Sudahlah penat mengayak beras, Makan lemang tidak menyapa; Sudahlah surat tidak berbalas, Pesan terbuang tak pula ada.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang pepaya berputik belum, Bila berulat lekas dipancung; Abang menyapa adik tersenyum, Rasa mendapat emas segunung.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang pepaya putik berkuntum, Berbunga lebat jangan disentuh; Abang menyapa adik tersenyum, Rasa mendapat durian runtuh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang pepaya putik bergetah, Kena api terkulai habis; Abang menyapa adik melengah, Rasa hatiku bagai dihiris.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Awas-awas menjala ikan, Salah menjala terjala onak; Awas-awas menyapa kawan, Salah sapa kepala bengkak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Batang kelapa di tepi pagar, Jangan dipetik selagi mumbang; Abang menyapa hati berdebar, Entahkan adik sudi memandang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Batang kelapa di tepi ladang, Rumputnya naik setinggi padi; Abang menyapa berhati bimbang, Takutkan adik tidak peduli.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Belilah kain serta selendang, Untuk dipakai ke helat jamu; Hatiku ingin menyapa abang, Orang ramai rasanya malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Satu satu membawa timba, Supaya air jangan terbuang; Malu malu hamba menyapa, Kerana khuatir tunangan orang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Jika ikan tidak dijala, Manakan dapat orang membeli; Jika puan tidak menyapa, Manakan dapat abang menanti.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas