Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.but] | مڽبوت

Definisi : 1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkata-an, kalimah, dll): guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.but] | مڽبوت

Definisi : 1 mengucapkan (ben­­da, orang dsb); memanggil atau menyeru nama: Pesakit itu sering ~ nama anaknya. 2 memberi nama (gel­a­r­an, panggilan) pd sesuatu; meng­gelar: Orang ~ batu yg demikian itu, batu lada. 3 mengucapkan sesuatu perkataan; me­lisankan atau melafaz­kan (kata dsb): Selepas diajar mengeja, mereka diajar pula cara ~ kata-kata yg dieja itu. 4 mengatakan atau membincangkan sesuatu; memperkatakan: Berita itu tidak pula ~ sebarang kemalangan jiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyebut

Puisi
 

Tenang-tenang air laut,
     Sampan kolek mudik ke hulu;
Hati terkenang mulut menyebut,
     Orang benci kita tak tahu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Apa payahnya menawakkan (= menaupkan) bibir atas bawah.

Bermaksud :

Mudah menyebut, tetapi susah mengerjakannya. menawakkan = menggerakkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)

488

Promises are like piecrust: easy made and easy broken

Jangan percaya atau berharap kepada janji kerana ia sering dimungkiri

Titian biasa lapuk, janji biasa mungkir

She promised not to mention the incident again, but promises are like piecrust: easy made and easy broken. I was shocked and humiliated when she retold the story in front of my fiancée.

Dia berjanji tidak akan menyebut lagi peristiwa itu, tetapi titian biasa lapuk, janji biasa mungkir. Aku sungguh terkejut dan naik malu apabila dia menceritakan semula kisah itu di hadapan tunangku.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Tanda adat bersendi syarak, Syarak menyebut adat memakai; Tanda umat berbudi akhlak, Akhlak patut dilihat ramai.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Tuan berzikir gembak serakal, Saya menyebut Allahu Rabbi; Jika tak fikir dengan juak gekal, Apalah sebab jadi begini.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Jangan suka mencabut padi, Kalau dicabut hilang buahnya; Jangan suka menyebut budi, Kalau disebut hilang pahalanya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tenang-tenang air laut, Sampan kolek mudik ke hulu; Hati terkenang mulut menyebut, Orang benci kita tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bila berjalan menuju ke laut, Belilah ikan bawa ke darat; Apabila puan malu menyebut, Berikan saja tanda isyarat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak ayam turun dua, Satu mati tinggal satu; Minta ampun segala dosa, Hendak menyebut Tuhan yang satu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Kalau pasang air di laut, Sampan kolek tarik ke tanjung; Hati mengenang mulut menyebut, Budi adik rasa nak junjung.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Limau manis condong ke Kerling, Tali sabut anyam berdiri; Tuanlah manis duduk menjeling, Saya menyebut setiap hari.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tengah malam lancong ke hujung, Pungguk merindu bulan purnama; Sekadar diri sedarkan untung, Rebah ke bantal menyebut nama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Si Nujuh hilir ke kota, Dayung mengangkut di pohon kunci; Rasa kuhidup di kail masa, Malam menyebut belum sampai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas